Showing posts with label Tips tips Kekayaan. Show all posts
Showing posts with label Tips tips Kekayaan. Show all posts

Pemikir Seorang Jutawan

by Unknown  |  in Tips tips Kekayaan at  Thursday, January 05, 2012
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi, pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan.

Nampakkah anda masalahnya disini?

Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda menjana wang, kejayaan dan gayahidup yang anda mahukan.

Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat ganjarannya.

Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan.

Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan melangkah ke arah kejayaan.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti.
Perbezaanya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang masukkan duit kepoket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda.

Aset : Wang masyuk

Liabiliti: Wang keluar

Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta benda adalah aset mereka.

Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang.

Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah liabiliti = hutang!

Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan.Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Dan ianya
membawa kita kepada...

                                                                                               ~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~
Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif 
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~

Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi nasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya."

Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk sejam bekerja dan sampai disitu sahaja.

Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi anda lakukan.

Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang
memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk
anda menuju kekayaan.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~
Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~

Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya satu sistem yang buat duit secara automatik.Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait
dengannya.

Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit,tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi.

Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawakekayaan diluar dugaan anda.


~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=
Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=

Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga ke garisan penamat.

Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya sekali.

Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula, tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.

Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi punca kegagalan sesorang.

Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan.

Ianya cukup mudah... anda perlu membuat keputusan untuk mengikut perkara diatas dan lihat perubahan pada hidup anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan orang lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu.

Inilah masanya untuk anda membuat keputusan.

Renungan Kejayaan

by Unknown  |  in Tips tips Kekayaan at  Thursday, December 22, 2011
Siapa yang tak takut jika Tuhan menarik segala rezeki yang dilimpahkan kepada kita sebelum ini?

Siapa yang tak takut jika Tuhan mengambil semula semua insan-insan disekeliling kita dalam
sekelip mata?

Siapa yang tak takut jika terpaksa hidup bersendirian tanpa ada siapa untuk kita mengadu,
bergurau senda dan menambakan kasih.

Siapa?

Jika anda tanyakan kepada saya. SAYA AMAT TAKUT JIKA KESEMUA ITU TERJADI KEPADA SAYA. Dan saya lagi takut jika Tuhan tidak mengampunkan dosa-dosa yang pernah dilakukan hanya kerana keriakan, keegoan dan tidak pernah bersyukur dan meminta keberkatan daripada-Nya.

Tapi kenapa kita selalu LEKA dengan pemberian-Nya. . Kita tidak bersyukur dengan apa yang sudah kita miliki..

Ya! Kita mahu lebih daripada apa yang kita miliki kini. Tidak dinafikan semua orang mahu lebih daripada satu
kekayaan, satu kegembiraan, satu kejayaan dan satu kasih sayang. Tetapi sebelum kita mengharapkan yang
lebih itu hadir pernahkah kita bersyukur dengan pemberian daripada-Nya... ? Tepuk dada tanya selera.

"Apa ni bro,tiba-tiba pulak nak berceramah agama....  "

"Apabila kita berada diambang kejayaan, adakala kita lupa dimana datangnya semua itu.
kita mudah leka dengan kekayaan, kita lupa siapa yang membantu kita. dan kita semakin lupa apabila
kekayaan mencurah-curah hadir untuk kita. 

Kata orang jangan pandang belakang. TAPI kita harus pandang kebelakang sebab tanpa yang berada dibelakang
kita, tak mungkin kita akan berjaya seperti ini.


"Bro, so far aku tak berjaya macam kau"

Dulu saya pun fikir macam tu. " Argghhh, aku benci tengok jutawan senang-senang dapat duit, tapi aku??
habuk pun tarak" ....

TAPI saya lupa bersyukur kepada Allah, Dia masih berikan saya rezeki untuk makan, rezeki untuk
menimba lebih banyak ilmu perniagaan walaupun hasilnya masih KOSONG... 

Sebab tu apabila saya mulai sedar kesilapan diri walaupun usaha lebih daripada daya, Allah tetap
belum turunkan rezeki kepada saya, sebab Dia nak saya SEDAR DIRI dahulu. Jangan ego, kuatkan solat,
berdoa selalu. InsyaAllah , Allah akan dengar apa yang kita hajati.

"Lu, senanglah nak cakap, sebab lu dah senang sekarang"

Saya tak pernah mengaku saya senang, dan saya tak pernah mengaku saya kaya. Duit bukan segala-galanya
walaupun segala-galanya memerlukan duit. Saya masih ingat, bila-bila masa Allah boleh tarik semua itu jika saya mudah melupakan dasar dan asas kehidupan saya sebagai hamba-Nya...

Saya sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi 5,10 dan 20 tahun akan datang. Rezeki yang ada kini pun saya tidak pernah duga.

INGAT! Kita tidak tahu dimana Tuhan nak berikan kita rezeki, bagaimana punca rezeki kita dan bila ianya
akan tiba. Tetapi, jangan sesekali kita LUPA untuk mengucapkan syukur kepada-Nya walaupun mendapat
hanya sekecil-kecil rezeki. Jangan pernah berhenti untuk berusaha. Jangan sesekali. InsyaAllah
 
Kejayaan, Kekayaan Dunia Dan Akhirat Akan Bersama Kita, Amin

BILA EKONOMI TIDAK MENENTU, APA PATUT BUAT?

by Unknown  |  in Tips tips Kekayaan at  Monday, February 21, 2011
Jawabnya adalah dengan meningkatkan kekayaan bersih anda.

Jadi kita perlu rujuk pada Penyata Nilai Bersih kita.

Secara asasnya, tingkatkan Aset dan kurangkan Liabiliti atau tanggungan hutang yang ada pada kita.

Saya kira anda sudah dapat jawapan kepada persoalan pokok kita;

“Apa Yang Perlu Dilakukan Dengan Wang Kita Bila Ekonomi Tidak Menentu?”

Jawapannya adalah membayar semula hutang anda, terutamanya pinjaman perumahan anda (jika ada).

Lihat, setiap kali anda membayar hutang anda, anda akan memperbaiki situasi kewangan anda.

Begitu juga, ketika anda membuat hutang baru. Setiap kali hutang baru dibuat, maka situasi kewangan anda akan menjadi bertambah parah selepas itu.

Nak tak nak, anda perlu berhenti buat hutang baru, dan gunakan wang yang ada pada anda kini untuk bayar hutang piutang anda!

Sementara anda mencari cara untuk meningkatkan aset anda, adalah  lebih baik menggunakan wang itu untuk mengurangkan hutang anda terlebih dahulu.

Sekiranya anda berjaya menjelaskan hutang dengan kadar faedah 10% setahun dengan lebih cepat, saya kira anda sudah pun untung 10% daripada membayar terlalu banyak faedah kepada pihak pemberi pinjaman..

Berusaha untuk mendapatkan keuntungan pelaburan sejumlah 10% bukanlah satu usaha yang mudah,

Sebaliknya membayar hutang untuk mengurangkan faedah yang sama adalah lebih mudah dengan wang yang ada pada anda…

Jadi untuk ingatan anda, sekali lagi saya tegaskan,

setiap kali anda tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan wang anda,

Bayarlah Hutang Anda Terlebih Dahulu!

Sampai bertemu lagi :)

Rahsia Buat RM200,000

by Unknown  |  in Tips tips Kekayaan at  Thursday, February 10, 2011
Saya ada satu teknik yang boleh anda gunakan
jika anda serius untuk memiliki RM200,000 diakaun
ASB anda 20 tahun dari sekarang tanpa berpeluh!

Berminat??

Yang syoknya saya akan tunjukan caranya walaupun
anda tengah pokai sekarang ni, yang penting anda
mempunyai kerja dan gaji tetap.

Jadi bagaimana anda boleh memiliki RM200,000 daripada
kosong hari ini?

Bank gergasi Maybank, CIMB dan RHB ada menawarkan pinjaman
ASB sehingga RM200,000. Anda boleh mohon pinjaman ini sebab
ianya senang nak lulus. Masalahnya, anda tentu bertanya mana
nak cekau duit nak bayar bulan-bulan.

Tekniknya begini..

Untuk pinjaman maksima RM200,000 selama 20 tahun, bayaran
bulanan ialah RM1406.00 sebulan. Dalam setahun anda perlu
bayar RM16,872.00. Yupp.. mana nak cari duit bayar
RM16,872.00 nih..

Strategi orang kaya akan gunakan kemudahan yang ada
disekeliling kita. Caranya ialah anda buat pinjaman
Bank Rakyat sebanyak RM30,000 selama 10 tahun. Bayaran
sebulan ialah RM394.00 sebulan.

Disini anda gunakan pinjaman daripada Bank Rakyat untuk
bayaran pinjaman tahun pertama ASB loan tadi sebanyak RM16,872
dan bakinya anda boleh simpan untuk topup bayaran bulanan
bank rakyat pula.

Oleh itu anda tidak perlu bayar RM1,406.00 sebulan untuk
pinjaman ASB (bayar daripada pinjaman bank rakyat) sebaliknya
anda hanya perlu bayar RM394 sahaja. Cantik tak :)

Untuk tahun kedua dan seterusnya lagi mudah, dividen yang
diperolehi daripada tahun pertama ASB anda boleh bayar untuk
tahun kedua, bonus tahun kedua utk tahun ketiga dan seterusnya
(anda mungkin perlu top up sikit)

Jadi anda telah gunakan pinjaman peribadi (bank rakyat) menjadi
satu leverage untuk mendapatkan keuntungan lebih besar didalam
ASB loan RM200,000.00.


Kita jumpa lagi dengan tip-tip kekayaan yang lain.

Proudly Powered by Blogger.