Showing posts with label Kursus Affiliate. Show all posts
Showing posts with label Kursus Affiliate. Show all posts

3 Punca Kegagalan Perniagaan Internet dari rahman basri

by Unknown  |  in Kursus Affiliate at  Friday, February 11, 2011
Assalamualaikum dan salam ceria semua,

Irfan Khairi, jutawan internet muda yang tersohor menyatakan, bahawa kos untuk memulakan perniagaan internet adalah serendah RM500. Namun, kos yang rendah tidak bermakna kita akan mempunyai risiko kegagalan yang rendah.

Jika kita lihat pada keadaan sekeliling, hanya segelintir individu sahaja yang berjaya dalam perniagaan internet mereka. Antaranya adalah  Gero Azrul, Muaz Hadi, Zamri Nanyan, Razif Yusof, Jamaluddin Bahari dan Ammar Zahar. Mereka ini merupakan usahawan internet yang berjaya dalam bidang masing-masing.

Ini jelas membuktikan bahawa perniagaan internet tidak boleh dipandang mudah. Nama-nama yang disebutkan di atas merupakan nama individu. Syarikat besar yang bernilai ratusan juta dolar juga tidak terlepas daripada mengalami kegagalan dalam perniagaan internet.

Go.com dan Boo.com Lesap Sekelip Mata

Berdasarkan buku Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar, oleh Irfan Khairi, beliau menyatakan bahawa Go.com dan Boo.com merupakan syarikat perniagaan internet, yang mengalami kegagalan besar.

Ini kerana, wang pelaburan yang bernilai lebih daripada jutaan ringgit sudah lesap, tanpa mengetahui punca yang sebenarnya.

Menurut Irfan Khairi, kegagalan syarikat-syarikat besar tersebut adalah berpunca daripada:
Punca Kegagalan #1 – Pemasaran Emel Tidak Diutamakan
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, pelawat akan bertukar menjadi pembeli, selepas mereka melihat laman web kita lebih daripada 7 kali. Ini bermakna, kemungkinan untuk pelawat menjadi pembeli di saat pertama kali mereka memasuki laman web kita, adalah tipis.

Oleh itu, kita perlu tahu bagaimana untuk menarik perhatian pelawat, supaya mereka rasa ingin tahu mengenai produk dan servis yang kita tawarkan.
Strategi terbaik yang boleh kita gunakan, adalah menerusi pemasaran emel. Kajian di WebProNews.com mendapati, hampir 90% perniagaan di internet terus kekal berjaya menjana sehingga jutaan ringgit setiap tahun, kerana mereka menggunakan pemasaran emel, sebagai senjata utama pemasaran mereka.
Punca Kegagalan #2 – Tidak ‘Outsource’ Kemahiran Lain
Bayangkan jika Google hanya diteruskan oleh dua orang individu sahaja hari ini, iaitu Larry Page dan Sergey Brin, pasti syarikat mereka akan terus tenggelam. Ini kerana, untuk membina perniagaan internet, kita perlu tahu bila masa yang sesuai, untuk melakukan ‘outsource’, yakni menyerahkan tugas yang bukan dalam bidang kepakaran kita, kepada orang yang lebih arif.
Apabila kita outsource, maka kita dapat mengurangkan beban kerja yang tidak diperlukan, seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain yang lebih produktif, agar perniagaan internet kita lebih lancar.
Punca Kegagalan #3 – Salah Mempromosikan Produk dan Perkhidmatan
Menurut Puan Ainon, chairman syarikat PTS, asas bisnes adalah menjual apa yang pelanggan kita mahukan, bukan apa yang kita mahu jual pada pelanggan.
Ini kerana duit terletak di tangan pelanggan kita. Oleh itu, kita perlu pastikan bahawa produk dan servis yang kita mahu jual, bertepatan dengan kehendak pelanggan.

95% Punca kegagalan internet adalah kesilapan memilih produk dan servis untuk diniagakan di internet. Jadi, pastikan kita melakukan kajian terlebih dahulu, bagi mengenalpasti kehendak pelanggan.

Kemudian, cari produk untuk dijual kepada mereka. Ini adalah peraturan bisnes, kita jual apa yang mereka mahu.

Kepentingan Melakukan Follow-up Promosi

by Unknown  |  in Kursus Affiliate at  Tuesday, February 08, 2011
Salam hormat kepada peminat blog duitmasyuk85,
Kita bertemu kembali di dalam siri Kursus Email Online
Affiliate Mania. Ini adalah bahagian ke-4 di dalam siri
kursus ini.
Di dalam bahagian ini, saya akan berkongsi dengan anda
pelan tindakan hari ke-lima dan ke-enam anda di dalam
misi menjana pendapatan melalui program affiliate.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari KELIMA: Pendaftaran Pengunjung
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Buat pengetahuan joe, perkara paling penting
yang anda miliki sebagai seorang usahawan internet adalah
senarai email orang-orang yang telah mendaftarkan diri
mereka dengan anda.
Bukannya satu rahsia bahawa anda boleh menjana wang
daripada senarai email yang anda miliki. Ia merupakan
salah satu cara untuk memaksimakan keuntungan yang anda
perolehi di dalam menjalankan pemasaran affiliate.
Di dalam usaha mendapatkan pelanggan untuk membeli
produk yang anda promosikan, anda sepatutnya menghantar
mereka terlebih dahulu ke laman web anda sendiri supaya
mereka boleh mendaftarkan maklumat email.
Setelah itu, barulah anda menghantar promosi produk
kepada mereka.
Secara mudah, aliran promosi anda sepatutnya seperti berikut:
Promosi Pendaftaran ~~> Laman Web Pendaftaran ~~> Promosi Produk
Dengan memiliki senarai email anda sendiri, selepas ini
anda boleh mempromosikan sebarang produk affiliate lain
kepada mereka dengan mudah tanpa perlu menghabiskan
banyak masa dan wang untuk mencari pelanggan baru.
Jika pelanggan asal anda berpuashati dengan promosi anda
sebelum ini, sudah tentu mereka akan membeli lagi produk
lain yang anda syorkan kepada mereka.
Untuk menggalakkan orang untuk mendaftarkan maklumat
mereka, anda boleh memberikan maklumat atau ebook
percuma. Dengan cara ini, mereka akan lebih bermotivasi
untuk mendaftar dengan anda.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari KEENAM: Promosi Berterusan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penghasilan siri email lanjutan adalah penting untuk
memberikan promosi berterusan kepada ahli-ahli yang
telah berdaftar dengan anda supaya anda boleh mem-
promosikan produk affiliate terbaru kepada mereka.
Perkara paling utama di dalam menghantar email lanjutan
(follow-up email) adalah untuk terus menjana minat
ahli-ahli tersebut terhadap produk affiliate yang
anda promosikan.
Anda boleh menguruskan penghantaran email promosi
kepada ahli-ahli di dalam senarai anda dengan menggunakan
perkhidmatan Auto-Responder seperti Aweber dan GetResponse.
Perkhidmatan ini akan membantu memudahkan kerja-kerja
penghantaran email dan penyelarasan senarai subscriber anda.
Menurut kajian, ia mengambil 5 - 7 kali makluman (follow up)
kepada seseorang sebelum dia akan membeli atau mendapatkan
sesuatu produk.
Oleh itu, siri email yang telah anda hasilkan akan
dapat melakukan kerja ini dengan mudah tanpa anda
perlu berbuat apa-apa.
Di sini saya sertakan beberapa email contoh untuk
salah satu daripada produk saya iaitu ebook Panduan
Jana Wang Online.
Web jualan: www.panduanjwo.com
.........................................................
Email #1: [Tajuk] Bisnes berkonsepkan Game-Money? Sudah-sudahlah..
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa khabar {firstname}?
Saya mendoakan agar anda sentiasa sihat hendaknya
disamping menjalankan tugasan seharian.
Saya tergerak untuk mengirimkan emel ini kepada anda
setelah saya menjumpai sebuah lagi laman web yang
menjalankan bisnes internet yang berkonsepkan
'game-money' seperti ID (Infinity Downline) baru-baru ini.
Bagi yang masih kurang jelas dengan bisnes berkonsepkan
'game-money' ini, saya sarankan anda untuk membaca post
berkaitan perniagaan berkonsepkan 'game-money' ini di blog
rasmi Ustaz Zaharuddin melalui link dibawah ini..
[Link berkaitan]
Jika anda bertanya kepada saya, laman web yang mana,
pastinya saya tidak akan memberikan link url nya kepada
anda.
Sebabnya?
Saya risau jika ada rakan-rakan yang akan 'termakan' pujukan
dengan ayat-ayat hype yang digunakan oleh pihak mereka
pada laman web mereka itu!
Salah satu elemen yang penting sekiranya anda menjumpai
laman web yang menjanjikan pendapatan duit 'riban-riban'
melalui internet ini adalah dengan memastikan, adakah
syarikatnya berdaftar dengan pihak SSM?
Kedua, adakah alamat serta lokasi syarikat diberikan pada
laman web mereka? Nombor mana-mana individu yang boleh
di hubungi jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan
yang timbul?
Dan yang paling penting, adakah foto imej pemilik perniagaan
tersebut di letakkan bersama dilaman web bisnes yang beliau
jalankan?
Jika kesemua elemen ini ada pada laman web perniagaannya,
maka anda tidak perlu berasa was-was untuk menyertainya.
TETAPI!
Anda perlu ingat, terdapat banyak perniagaan yang berdaftar
dengan SSM pun terdedah untuk melakukan penipuan di internet.
Maka, risiko untuk terlibat dengan perniagaan yang berkonsepkan
'Game-Money' ini masih ada.
dan peluang yang ada itu akan sentiasa digunakan oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab untuk memperdayakan anda.
Oleh itu pada hari ini saya ingin berkongsikan sebuah panduan
yang mungkin dapat membantu {firstname} untuk menentukan
model bisnes internet apakah yang sesuai dan sah untuk
{firstname} lakukan...
[Link Affiliate]
Saya yakin dengan panduan ini {firstname} tidak akan
lagi terjebak atau tertipu dengan bisnes yang menawarkan
keuntungan dari sumber 'Game-Money' ini.
Dapatkan panduan ini sekarang juga {firstname} sebelum
saudara Asyraf Aziz menarik semula harga 'tak masuk akal'
diatas.
[Link Affiliate]
Semoga perkongsian saya pada hari ini dapat membantu
{firstname} untuk terus maju di dalam bidang IM pada
masa akan datang. Insyaallah!
ikhlas,
[Nama Anda]
.........................................................
... dan seterusnya.
Dengan melakukan automasi penghantaran email dengan
menggunakan autoresponder, anda akan dapat menjimatkan
masa anda dan meneruskan kepada projek-projek anda
yang lain.
Ini adalah secara ringkas pelan tindakan hari kelima
dan keenam anda.
Di dalam bahagian yang seterusnya, iaitu bahagian akhir,
saya akan berkongsi tentang pelan tindakan hari ketujuh
anda pula.
  
Kita berjumpa lagi di bahagian yang seterusnya.

Teknik EFEKTIF Melakukan Promosi..!

by Unknown  |  in Kursus Affiliate at  Sunday, February 06, 2011
Apa khabar ?


Kita bertemu kembali di dalam siri Kursus Email Online
Affiliate Mania. Ini adalah bahagian ke-3 di dalam
siri kursus ini.


Di dalam bahagian ini, saya akan berkongsi dengan anda
pelan tindakan hari ke-empat anda di dalam misi menjana
keuntungan dari program affiliate.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari KEEMPAT: Cara Mempromosi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Walaupun program affiliate yang baik akan memberikan
kepada anda bahan-bahan yang boleh digunakan untuk
mempromosikan produk mereka, ianya masih juga
baik untuk menggunakan cara promosi anda sendiri.


Berikut merupakan di antara beberapa kelebihannya:


- Cara promosi anda akan dapat menyampaikan
 mesej jualan produk tersebut lebih baik berdasarkan
 stail dan cara anda yang tersendiri.

- Cara promosi anda akan lebih menonjol berbanding
 ahli yang lain kerana ianya unik dan mempunyai
 caranya yang tersendiri.


Kedua-dua kelebihan tersebut akan dapat meningkatkan
jualan anda sebagai seorang affiliate.


Pada masa-masa tertentu, terdapat pasaran yang
sukar untuk ditembusi kerana terdapat banyak
persaingan.


Kadang kala adalah lebih baik untuk memiliki cara
promosi anda yang tersendiri daripada hanya bergantung
kepada bahan yang telah diberikan oleh pemilik program
affiliate tersebut.


Terdapat beberapa cara untuk melakukan promosi sesuatu
produk affiliate. Penggunaan salah satu atau kesemuanya
akan dapat membantu anda dalam menghasilkan kempen
promosi yang berkesan.


Di antara cara promosi adalah:


1. Promosi email - penghantaran promosi melalui email
                          kepada individu lain yang kita kenali

2. Promosi bergambar - promosi melalui paparan gambar
                                 seperti banner dan gif di laman web

3. Promosi text - promosi melalui paparan text atau perkataan
                        di dalam laman web atau blog



Terdapat beberapa prinsip yang perlu anda ikuti untuk
menghasilkan promosi yang menarik dan menggalakkan
orang lain untuk klik padanya.


Promosi anda perlu menarik perhatian pelanggan sama ada
dengan memiliki tajuk yang menarik atau paparan gambar
yang menarik.


Satu contoh tajuk yang menarik adalah "Pelajari Rahsia
Menjadi Jutawan Affiliate dan Menjana Wang Besar dari
Produk Orang lain!"


Perkara paling penting adalah anda perlu bermain dengan
emosi pasaran anda untuk menggalakkan mereka untuk
mendapatkan produk tersebut.


Setelah menarik perhatian pelanggan, seterusnya anda perlu
menimbulkan perasaan ingin tahu agar mereka ingin
mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk tersebut.


Penggunaan perkataan yang membangkitkan emosi dan perasaan
ingin tahu akan membuatkan email, gambar atau perkataan
yang anda paparkan lebih menonjol berbanding perkara lain.


Anda perlu bermain dengan perasaan manusia supaya mereka
mendengar promosi anda. Sekiranya anda mampu membangkitkan
perasaan ingin tahu mereka, maka anda sudahpun semakin
hampir kepada kejayaan menjual produk tersebut.


Ini adalah secara ringkas pelan tindakan hari keempat anda.


Di dalam bahagian yang seterusnya, saya akan berkongsi
tentang pelan tindakan hari kelima dan keenam anda.

Pelan Tindakan Hari Pertama dan Kedua

by Unknown  |  in Kursus Affiliate at  Wednesday, February 02, 2011
Salam Ceria kepada peminat blog saya  
Faizul a.k.a Duitmasyuk85...


Selamat bertemu kembali di dalam Kursus Email Online
Affiliate Mania. Ini adalah bahagian Pertama dari siri
kursus secara keseluruhannya (hingga siri ke-5)


Bermula dari bahagian ini, saya akan berkongsi dengan
anda contoh pelan tindakan 1 minggu yang boleh anda
hasilkan untuk menjana keuntungan daripada program
affiliate yang anda sertai.


Pelan tindakan ini akan membantu anda untuk mendapatkan
keuntungan maksima dengan usaha paling minima.


Pelan tindakan ini telah disesuaikan untuk mereka
yang masih baru kepada pemasaran affiliate.


Untuk bahagian ini, saya akan berkongsi contoh pelan
tindakan untuk hari pertama dan hari kedua anda.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari PERTAMA: Tentukan Pasaran Anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini merupakan di antara faktor terpenting di dalam
menjana wang daripada pemasaran affiliate.


Anda perlu memilih pasaran untuk barangan yang sudah
popular dan yang akan memberikan keuntungan yang baik.


Dengan berbuat demikian, anda akan dapat mengurangkan
perasaan takut pembeli dan seterusnya boleh menjana
lebih banyak keuntungan berbanding sekiranya anda menyertai
sesuatu pasaran yang masih kurang sambutan atau tidak popular.


Di antara beberapa pasaran yang baik pada masa ini adalah:
perniagaan dari rumah, kecantikan, kesihatan dan pemasaran
internet.


Terdapat beberapa cara untuk menjalankan analisa, antaranya:


1. Buat carian dengan menggunakan kata kunci untuk
  pasaran anda dengan menggunakan perkhidmatan
  percuma dibawah.


Word Tracker di pautan berikut:

~~> http://www.freekeywords.wordtracker.com/


ATAU..


Google Keyword Tool di pautan berikut:

~~>  https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal



2. Gunakan kata kunci yang spesifik kepada pasaran
tersebut seperti:

- pelajari xxx
- buat xxx
- beli xxx
- kursus xxx

...dan sebagainya.



3. Seterusnya, lakukan carian untuk melihat jumlah
  Google Adwords yang terdapat bagi pasaran tersebut.


Lebih banyak iklan bermaksud yang anda telah menjumpai
satu pasaran yang berpotensi untuk memberikan pulangan
yang lumayan.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari KEDUA: Pemilihan Program Affiliate
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Setelah anda memilih pasaran, perkara seterusnya yang
perlu anda lakukan adalah untuk mencari program affiliate
yang boleh anda promosikan kepada pasaran tersebut.


Anda perlu memastikan program affiliate yang anda pilih
memenuhi kriteria-kriteria berikut:


- Memberikan produk yang berkualiti
- Dijual oleh individu yang mempunyai reputasi yang baik
- Memberikan cara promosi yang pelbagai (email, banner, text,..)
- Memberikan latihan pemasaran affiliate
- Memudahkan anda untuk membuat jualan
- Memberikan komisen yang baik untuk usaha anda
- Memberikan pelbagai sumber pendapatan kepada anda
- Mengesan dan merekod jualan yang telah anda perolehi
 dengan cepat dan tepat
- Membayar anda pada masa yang ditetapkan
- Memberikan surat jualan yang mantap dan boleh
 menggalakkan pembelian


Senarai di atas tidak lengkap sepenuhnya tetapi adalah
memadai supaya anda boleh menilai program affiliate
yang ingin joe sertai.


Persoalannya sekarang, bagaimana caranya untuk mencari
program affiliate yang boleh anda sertai?


Cara paling mudah adalah dengan melakukan carian di Google
untuk kata kunci berikut:


Pada kotak Search: Program Affiliate [PASARAN ANDA]


Nota: Gantikan PASARAN ANDA dengan pasaran yang telah
anda pilih dan tentukan seperti kecantikan, internet,
lain-lain..


Ini adalah secara ringkas pelan tindakan hari pertama
dan hari kedua anda.


Di dalam bahagian yang seterusnya, saya akan berkongsi
tentang pelan tindakan hari ketiga anda iaitu berkaitan
Pemahaman Produk.


Sampai bertemu lagi dalam Post yang seterusnya! :-)

Proudly Powered by Blogger.