Pemikir Seorang Jutawan

by Unknown  |  in Tips tips Kekayaan at  Thursday, January 05, 2012
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi, pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan.

Nampakkah anda masalahnya disini?

Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda menjana wang, kejayaan dan gayahidup yang anda mahukan.

Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat ganjarannya.

Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan.

Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan melangkah ke arah kejayaan.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti.
Perbezaanya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang masukkan duit kepoket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda.

Aset : Wang masyuk

Liabiliti: Wang keluar

Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta benda adalah aset mereka.

Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang.

Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah liabiliti = hutang!

Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan.Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Dan ianya
membawa kita kepada...

                                                                                               ~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~
Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif 
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~

Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi nasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya."

Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk sejam bekerja dan sampai disitu sahaja.

Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi anda lakukan.

Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang
memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk
anda menuju kekayaan.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~
Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~

Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya satu sistem yang buat duit secara automatik.Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait
dengannya.

Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit,tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi.

Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawakekayaan diluar dugaan anda.


~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=
Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=

Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga ke garisan penamat.

Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya sekali.

Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula, tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.

Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi punca kegagalan sesorang.

Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan.

Ianya cukup mudah... anda perlu membuat keputusan untuk mengikut perkara diatas dan lihat perubahan pada hidup anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan orang lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu.

Inilah masanya untuk anda membuat keputusan.

Patric chan(Jutawan Malaysia) ajar cara buat duit di internet secara percuma

by Unknown  |  in Webinar internet marketing at  Saturday, December 31, 2011

Anda pernah mendengar nama patric chan?..beliau adalah seorang jutawan internet dari malaysia..

baru-baru nie..patric chan  telah webinar dimana beliau mendedahkan cara membuat duit di internet. Dan anda juga jangan lepaskan teknik-teknik yang beliau gunakan dengan menonton video yang telah disediakan.

Click disini untuk Menonton dan mendownload video beliau




by Unknown  |  in Free Search Engine Traffic at  Thursday, December 29, 2011

There Are Many Cause To Earn Money Online.aslike There Are Many Survey Company In This Online

there are many cause to earn money online.aslike there are many survey company in this online.so we sould earn money online and we can go awe of money problems.we can build our business of help online advartisement. there are many jobs we can see to help on website and earn our money.and we can also do the job of part time to help to online jobs. this is possible to web sine or online business . We can do our main job and also doing the part time jobs. so we can encreas our monthly payment. this in possible to help our online business . we can build our main business to help of online avartisement, because todays we are use online to avery movement and searches or brouwes any website.

Renungan Kejayaan

by Unknown  |  in Tips tips Kekayaan at  Thursday, December 22, 2011
Siapa yang tak takut jika Tuhan menarik segala rezeki yang dilimpahkan kepada kita sebelum ini?

Siapa yang tak takut jika Tuhan mengambil semula semua insan-insan disekeliling kita dalam
sekelip mata?

Siapa yang tak takut jika terpaksa hidup bersendirian tanpa ada siapa untuk kita mengadu,
bergurau senda dan menambakan kasih.

Siapa?

Jika anda tanyakan kepada saya. SAYA AMAT TAKUT JIKA KESEMUA ITU TERJADI KEPADA SAYA. Dan saya lagi takut jika Tuhan tidak mengampunkan dosa-dosa yang pernah dilakukan hanya kerana keriakan, keegoan dan tidak pernah bersyukur dan meminta keberkatan daripada-Nya.

Tapi kenapa kita selalu LEKA dengan pemberian-Nya. . Kita tidak bersyukur dengan apa yang sudah kita miliki..

Ya! Kita mahu lebih daripada apa yang kita miliki kini. Tidak dinafikan semua orang mahu lebih daripada satu
kekayaan, satu kegembiraan, satu kejayaan dan satu kasih sayang. Tetapi sebelum kita mengharapkan yang
lebih itu hadir pernahkah kita bersyukur dengan pemberian daripada-Nya... ? Tepuk dada tanya selera.

"Apa ni bro,tiba-tiba pulak nak berceramah agama....  "

"Apabila kita berada diambang kejayaan, adakala kita lupa dimana datangnya semua itu.
kita mudah leka dengan kekayaan, kita lupa siapa yang membantu kita. dan kita semakin lupa apabila
kekayaan mencurah-curah hadir untuk kita. 

Kata orang jangan pandang belakang. TAPI kita harus pandang kebelakang sebab tanpa yang berada dibelakang
kita, tak mungkin kita akan berjaya seperti ini.


"Bro, so far aku tak berjaya macam kau"

Dulu saya pun fikir macam tu. " Argghhh, aku benci tengok jutawan senang-senang dapat duit, tapi aku??
habuk pun tarak" ....

TAPI saya lupa bersyukur kepada Allah, Dia masih berikan saya rezeki untuk makan, rezeki untuk
menimba lebih banyak ilmu perniagaan walaupun hasilnya masih KOSONG... 

Sebab tu apabila saya mulai sedar kesilapan diri walaupun usaha lebih daripada daya, Allah tetap
belum turunkan rezeki kepada saya, sebab Dia nak saya SEDAR DIRI dahulu. Jangan ego, kuatkan solat,
berdoa selalu. InsyaAllah , Allah akan dengar apa yang kita hajati.

"Lu, senanglah nak cakap, sebab lu dah senang sekarang"

Saya tak pernah mengaku saya senang, dan saya tak pernah mengaku saya kaya. Duit bukan segala-galanya
walaupun segala-galanya memerlukan duit. Saya masih ingat, bila-bila masa Allah boleh tarik semua itu jika saya mudah melupakan dasar dan asas kehidupan saya sebagai hamba-Nya...

Saya sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi 5,10 dan 20 tahun akan datang. Rezeki yang ada kini pun saya tidak pernah duga.

INGAT! Kita tidak tahu dimana Tuhan nak berikan kita rezeki, bagaimana punca rezeki kita dan bila ianya
akan tiba. Tetapi, jangan sesekali kita LUPA untuk mengucapkan syukur kepada-Nya walaupun mendapat
hanya sekecil-kecil rezeki. Jangan pernah berhenti untuk berusaha. Jangan sesekali. InsyaAllah
 
Kejayaan, Kekayaan Dunia Dan Akhirat Akan Bersama Kita, Amin

7 Mentaliti Usahawan Internet

by Unknown  |  in success marketing at  Friday, December 16, 2011
1. Mengesan peluang

Usahawan sejati memang cepat menghidu sesuatu peluang.
Lebih cepat menghidu suatu peluang itu maka peluang untuk
mendapat keuntungan pun semakin besar kerana kalau lambat
mungkin pesaing telah wujud dan ini boleh mengurangkan jumlah
keuntungan yang diperolehi.

2. Hapuskan halangan minda

Ya! Halangan dalam usaha memang banyak. Tapi semua itu dapat
diatasi sekiranya kita dapat mengatasi satu halangan ini iaitu 'halangan minda'.
Halangan minda terbesar ialah tidak percaya dengan kebolehan diri sendiri
menyebabkan langkah pertama pun sukar untuk diambil. Tanpa langkah pertama,
bagaimana agaknya untuk melakukan langkah-langkah berikutnya.

3. Tingkatkan kebolehan belajar

Kita mesti cepat belajar. Semakin cepat belajar maka semakin cepat kita
boleh lakukan. Cuma nasihat saya, jangan belajar terlalu banyak tanpa
melakukan tindakan. Cara terbaik ialah belajar dan terus praktikkan.

4. Keluar dari zon selesa

Yang Amirul maksudkan dengan keluar dari zon selesa ialah sentiasa
mempelajari skill lain. Contohnya kalau selama ini kita telah selesa dengan
blogging, mungkin kita belajar pula affiliate. Kalau selama ini kita telah belajar affiliate,
mungkin sekarang belajar mencipta produk sendiri.

5. Bina jambatan ilmu

Ini boleh dilakukan dengan mengembangkan rangkaian kenalan kita di kalangan
mereka yang berpengetahuan. Dengan mengembangkan rangkaian makan kita
 boleh mempelajari pelbagai ilmu lain daripada orang lain.

6. Melabur untuk minda

Saya rasa ini ramai yang sudah sedia maklum. Pelaburan ini boleh dilakukan
dengan membeli bahan maklumat terkini dan menghadiri kursus-kursus tertentu.
Pelaburan minda kalau diaplikasikan akan membawa pulangan yang lumayan.

7. Bersyukur

Ya! Dengan cara bersyukur kita akan lebih kenal dengan anugerah yang telah
diberikan kepada kita untuk kita majukan lagi diri kita.
Berjumpa lagi ditips yang lebih hebat,

Gadget Terhebat untuk semua pengguna internet. Jangan lepaskan peluang ini.

by Unknown  |  in INTERNET PERCUMA at  Sunday, June 26, 2011

Tahukah Anda Bagaimana Ingin Mendapatkan Akses Internet Percuma. Kami Tawarkan Produk 100% Diuji Berkesan Untuk Anda Semua.

Produk yang mesti ada untuk setiap pengguna internet .


Tarikh:
Ahad, 26 Jun.
Dari:     Shah Alam
Salam sejahtera untuk semua. Kini terdapat banyak program atau produk yang menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan internet percuma. Tetapi adakah ianya benar? Adakah ianya selamat? Adakah ianya sekadar cakap-cakap kosong? Kami telah melakukan kajian terperinci, dan akhirnya kami telah menemui jawapan terbaik dan sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja.
Untuk pengetahuan anda, program ini telah digunakan secara meluas oleh seluruh dunia. Kini kami tawarkan pakej Internet-Percuma ini untuk anda (setelah kami dan ramai pelanggan kami yakin dan berpuas hati dengan hasilnya).
Kami hanya menyediakan produk yang benar-benar berkesan dan berbaloi pada harga yang amat murah berbanding dengan kos sebenar jika kita menggunakan perkidmatan cybercafe atau melanggan mana-mana pakej dari penyedia internet berbayar.

Bagaimana Internet-Percuma Berfungsi?.

MUDAH. Anda pasti biasa menggunakan internet secara percuma di pejabat, restoran dan pelbagai lokasi yang menawarkan wifi percuma dengan menggunakan laptop anda.
Perkara yang sama Internet-Percuma lakukan tetapi dengan kombinasi (hasil kajian terperinci) produk dan program yang kami tawarkan melalui pakej Internet-Percuma anda boleh melayari internet di mana sahaja walaupun wifi di lokasi tersebut dikunci (locked).
Melalui pakej Internet-Percuma ini, anda akan mendapat wireless USB adapter dan program percuma yang bertindak untuk menyambung mana-mana internet / wifi tanpa gangguan. Anda telah berjimat TANPA dibelenggu bayaran langgan bulanan.

YA! Saya ingin dapatkan produk ini.


Pakej Internet-Percuma ini mengandungi:
1. wifi USB adapter (telah diuji).
2. CD - software yang akan digunakan bersama wifi.
Manual dan video cara guna akan
diberikan bersama pakej ini.
Setiap produk telah diuji terlebih
dahulu sebelum penghantaran.
Kini Harga Pakej Internet-Percuma hanyalah RM300 RM150 (harga tawaran).
Kos penghantaran pos laju adalah PERCUMA
1 Tahun Jaminan Produk (Product Warranty) .
#Jaminan Wang Dikembalikan jika produk ini tidak berkesan (rujuk soalan lazim).
Semoga Sukses,
Pengurus Pemasaran
internet-percuma.com
P.S. Pakej ini telah diuji dan digunakan oleh ramai pelanggan kami.
P.S.S. Setiap produk telah diuji sebelum dihantar kepada pelanggan.

Kristal - Luahan Hati (MTV) Dis '10.

by Unknown  |  at  Tuesday, March 29, 2011

kenapa blog korang cantek tapi tak de pelawat...

by Unknown  |  in Tips Tingkatkan Trafik at  Wednesday, March 02, 2011
sila baca nie kalau korang pikir blog korang cantek sangat....
  1. Terlalu banyak graphic. Berat. Survey menunjukkan bahawa, kalau satu-satu website tu ambil masa lebih 3 saat untuk masuk, pelawat biasanya akan tutup web tersebut
  2. Tidak user friendly. Kucar-kacir. Kejap sana ada banner, sini ada post, situ ada video. Haru biru
  3. Tidak update. Pengalaman saya sendiri. Bila lama tak update, pelawat akan lari. Sebab, pelawat sedia ada harapkan update daripada kita. Kita sendiri, bila baca satu-satu blog, kemudian nak baca post terbaru, tengok-tengok tak update. Kecewa… terus tinggalkan blog tu
  4. Isu lapok.
  5. Syok sendiri
  6. TuLiSan yaNG tunGgaNg LanGganG
  7. Terlalu banyak iklan di sana sini. Lebih banyak daripada post.
  8. Melainkan blog anda adalah blog pengiklanan, terlalu banyak post mengenai menjual produk akan buat orang bosan
  9. Post anda, tidak bersifat peribadi. Maksud saya, apa yang anda tulis tu, seperti copy dan paste je. Tidak personalize. Sekurang-kurangnya, berilah sentuhan peribadi.
  10. Selalu Copy dan Paste
  11. Tidak user friendly. Orang nak navigate dari satu page ke satu page, tak tahu bagaimana.
  12. Backgrung gelap, tulisan pun gelap. Sakit mata.
  13. Blog anda tidak Search Engine friendly. Tiada H1, H2, H3…

Proudly Powered by Blogger.