Renungan Kejayaan

by Unknown  |  in Tips tips Kekayaan at  Thursday, December 22, 2011

Siapa yang tak takut jika Tuhan menarik segala rezeki yang dilimpahkan kepada kita sebelum ini?

Siapa yang tak takut jika Tuhan mengambil semula semua insan-insan disekeliling kita dalam
sekelip mata?

Siapa yang tak takut jika terpaksa hidup bersendirian tanpa ada siapa untuk kita mengadu,
bergurau senda dan menambakan kasih.

Siapa?

Jika anda tanyakan kepada saya. SAYA AMAT TAKUT JIKA KESEMUA ITU TERJADI KEPADA SAYA. Dan saya lagi takut jika Tuhan tidak mengampunkan dosa-dosa yang pernah dilakukan hanya kerana keriakan, keegoan dan tidak pernah bersyukur dan meminta keberkatan daripada-Nya.

Tapi kenapa kita selalu LEKA dengan pemberian-Nya. . Kita tidak bersyukur dengan apa yang sudah kita miliki..

Ya! Kita mahu lebih daripada apa yang kita miliki kini. Tidak dinafikan semua orang mahu lebih daripada satu
kekayaan, satu kegembiraan, satu kejayaan dan satu kasih sayang. Tetapi sebelum kita mengharapkan yang
lebih itu hadir pernahkah kita bersyukur dengan pemberian daripada-Nya... ? Tepuk dada tanya selera.

"Apa ni bro,tiba-tiba pulak nak berceramah agama....  "

"Apabila kita berada diambang kejayaan, adakala kita lupa dimana datangnya semua itu.
kita mudah leka dengan kekayaan, kita lupa siapa yang membantu kita. dan kita semakin lupa apabila
kekayaan mencurah-curah hadir untuk kita. 

Kata orang jangan pandang belakang. TAPI kita harus pandang kebelakang sebab tanpa yang berada dibelakang
kita, tak mungkin kita akan berjaya seperti ini.


"Bro, so far aku tak berjaya macam kau"

Dulu saya pun fikir macam tu. " Argghhh, aku benci tengok jutawan senang-senang dapat duit, tapi aku??
habuk pun tarak" ....

TAPI saya lupa bersyukur kepada Allah, Dia masih berikan saya rezeki untuk makan, rezeki untuk
menimba lebih banyak ilmu perniagaan walaupun hasilnya masih KOSONG... 

Sebab tu apabila saya mulai sedar kesilapan diri walaupun usaha lebih daripada daya, Allah tetap
belum turunkan rezeki kepada saya, sebab Dia nak saya SEDAR DIRI dahulu. Jangan ego, kuatkan solat,
berdoa selalu. InsyaAllah , Allah akan dengar apa yang kita hajati.

"Lu, senanglah nak cakap, sebab lu dah senang sekarang"

Saya tak pernah mengaku saya senang, dan saya tak pernah mengaku saya kaya. Duit bukan segala-galanya
walaupun segala-galanya memerlukan duit. Saya masih ingat, bila-bila masa Allah boleh tarik semua itu jika saya mudah melupakan dasar dan asas kehidupan saya sebagai hamba-Nya...

Saya sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi 5,10 dan 20 tahun akan datang. Rezeki yang ada kini pun saya tidak pernah duga.

INGAT! Kita tidak tahu dimana Tuhan nak berikan kita rezeki, bagaimana punca rezeki kita dan bila ianya
akan tiba. Tetapi, jangan sesekali kita LUPA untuk mengucapkan syukur kepada-Nya walaupun mendapat
hanya sekecil-kecil rezeki. Jangan pernah berhenti untuk berusaha. Jangan sesekali. InsyaAllah
 
Kejayaan, Kekayaan Dunia Dan Akhirat Akan Bersama Kita, Amin

0 comments:

thank you

Proudly Powered by Blogger.