PENTINGNYA ILMU KEWANGAN...

by Unknown  |  in Rahsia jutawan at  Wednesday, January 19, 2011

 salam.....

Apa khabar? Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu..

Bagaimana dengan ebook Bijak Mengurus Wang tempohari?

Saya harap anda dah habis membacanya dan mendapat manfaat darinya...

Baiklah pada email kali ini saya akan berkongsi dengan anda tentang pentingnya kita mempelajari dan seterusnya menguasai ilmu kewangan...

Sepanjang memberikan khidmat nasihat kewangan kepada ramai orang, semakin banyak saya dapat lihat kelemahan pengurusan kewangan mereka...

Terutama sekali dikalangan pekerja makan gaji.

Tidak kiralah sama ada pekerja makan gaji sektor swasta mahu pun sektor awam.

Kedua-dua golongan ini mempunyai keupayaan dan peluang untuk mendapatkan pembiayaan pinjaman kewangan yang tinggi, terutama sekali penjawat awam.

Bila tiada ilmu kewangan, maka mereka amat mudah terperangkap dan terjebak dengan pelbagai masalah kewangan seperti

- berhutang melebihi kemampuan,

- berbelanja melebihi kemampuan...

yang akhirnya membuatkan mereka berada di luar kemampuan untuk menyara kehidupan dengan baik dan selesa.

Ada pula yang membuat keputusan pelaburan yang tidak menguntungkan.

Ada yang membuat pinjaman peribadi yang dikenakan faedah tetap untuk membeli sebuah rumah kos rendah secara tunai,  sedangkan  adalah lebih baik mendapatkan pembiayaan pinjaman perumahan yang mengenakan faedah harian kerana ianya jauh lebih murah dan menguntungkan.

Ada pula yang membuat pinjaman peribadi hanya semata-mata nak cepat kaya dan sertai skim-skim  pelaburan cepat kaya dengan harapan boleh mendapatkan pulangan segera.

Namun akhirnya kecewa kerana pulangan yang diharapkan hangus begitu sahaja.

Ada pula yang mendapatkan pinjaman peribadi untuk ubahsuai rumah, lalu disewakan sebahagian darinya kepada penyewa pada harga yang lebih rendah daripada ansuran pinjaman bulanan.

Dan ada yang sanggup menyimpan wang mereka setiap bulan yang hanya berikan pulangan 2% setahun tetapi dalam masa yang sama terpaksa membayar tunggakan hutang kad kredit 18%.

Senarainya berterusan…

Tujuan saya mendedahkan perkara ini bukannya bertujuan mengaibkan sesiapa tetapi sekadar berkongsi pengalaman dan kisah orang lain yang boleh dijadikan teladan oleh Joe ...

Di samping itu, saya juga ingin mengajak Joe agar belajar secara berterusan dalam menguasai ilmu kewangan peribadi.

Sekiranya, tiada asas, belajar asas-asasnya dulu.

Baca dan layari blog-blog kewangan, dapatkan majalah-majalah kewangan, beli dan baca buku-buku kewangan, dapatkan juga ebook-ebook informasi kewangan, sertai bengkel, kursus, seminar dan apa sahaja yang berkaitan dengan pengurusan kewangan.

Biasakan diri dengan persekitaran ilmu dan saya percaya Joe akan dapat lebih banyak idea dan teknik yang betul untuk menguruskan kewangan nanti...

Akhir kata dan pesan saya, pelajari dan amalkan ilmu yang diperolehi.

Satu perkara yang harus selalu diingati,ilmu tanpa tindakan tidak membawa sebarang makna!

Sampai jumpa lagi pada post akan datang :)!

0 comments:

thank you

Proudly Powered by Blogger.