Salam hormat kepada peminat blog duitmasyuk85,
Kita bertemu kembali di dalam siri Kursus Email Online
Affiliate Mania. Ini adalah bahagian ke-4 di dalam siri
kursus ini.
Di dalam bahagian ini, saya akan berkongsi dengan anda
pelan tindakan hari ke-lima dan ke-enam anda di dalam
misi menjana pendapatan melalui program affiliate.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~
Hari KELIMA: Pendaftaran Pengunjung
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~
Buat pengetahuan joe, perkara paling penting
yang anda miliki sebagai seorang usahawan internet adalah
senarai email orang-orang yang telah mendaftarkan diri
mereka dengan anda.
Bukannya satu rahsia bahawa anda boleh menjana wang
daripada senarai email yang anda miliki. Ia merupakan
salah satu cara untuk memaksimakan keuntungan yang anda
perolehi di dalam menjalankan pemasaran affiliate.
Di dalam usaha mendapatkan pelanggan untuk membeli
produk yang anda promosikan, anda sepatutnya menghantar
mereka terlebih dahulu ke laman web anda sendiri supaya
mereka boleh mendaftarkan maklumat email.
Setelah itu, barulah anda menghantar promosi produk
kepada mereka.
Secara mudah, aliran promosi anda sepatutnya seperti berikut:
Promosi Pendaftaran ~~> Laman Web Pendaftaran ~~> Promosi Produk
Dengan memiliki senarai email anda sendiri, selepas ini
anda boleh mempromosikan sebarang produk affiliate lain
kepada mereka dengan mudah tanpa perlu menghabiskan
banyak masa dan wang untuk mencari pelanggan baru.
Jika pelanggan asal anda berpuashati dengan promosi anda
sebelum ini, sudah tentu mereka akan membeli lagi produk
lain yang anda syorkan kepada mereka.
Untuk menggalakkan orang untuk mendaftarkan maklumat
mereka, anda boleh memberikan maklumat atau ebook
percuma. Dengan cara ini, mereka akan lebih bermotivasi
untuk mendaftar dengan anda.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari KEENAM: Promosi Berterusan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penghasilan siri email lanjutan adalah penting untuk
memberikan promosi berterusan kepada ahli-ahli yang
telah berdaftar dengan anda supaya anda boleh mem-
promosikan produk affiliate terbaru kepada mereka.
Perkara paling utama di dalam menghantar email lanjutan
(follow-up email) adalah untuk terus menjana minat
ahli-ahli tersebut terhadap produk affiliate yang
anda promosikan.
Anda boleh menguruskan penghantaran email promosi
kepada ahli-ahli di dalam senarai anda dengan menggunakan
perkhidmatan Auto-Responder seperti Aweber dan GetResponse.
Perkhidmatan ini akan membantu memudahkan kerja-kerja
penghantaran email dan penyelarasan senarai subscriber anda.
Menurut kajian, ia mengambil 5 - 7 kali makluman (follow up)
kepada seseorang sebelum dia akan membeli atau mendapatkan
sesuatu produk.
Oleh itu, siri email yang telah anda hasilkan akan
dapat melakukan kerja ini dengan mudah tanpa anda
perlu berbuat apa-apa.
Di sini saya sertakan beberapa email contoh untuk
salah satu daripada produk saya iaitu ebook Panduan
Jana Wang Online.
Web jualan: www.panduanjwo.com
.............................. ...........................
Email #1: [Tajuk] Bisnes berkonsepkan Game-Money? Sudah-sudahlah..
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa khabar {firstname}?
Saya mendoakan agar anda sentiasa sihat hendaknya
disamping menjalankan tugasan seharian.
Saya tergerak untuk mengirimkan emel ini kepada anda
setelah saya menjumpai sebuah lagi laman web yang
menjalankan bisnes internet yang berkonsepkan
'game-money' seperti ID (Infinity Downline) baru-baru ini.
Bagi yang masih kurang jelas dengan bisnes berkonsepkan
'game-money' ini, saya sarankan anda untuk membaca post
berkaitan perniagaan berkonsepkan 'game-money' ini di blog
rasmi Ustaz Zaharuddin melalui link dibawah ini..
[Link berkaitan]
Jika anda bertanya kepada saya, laman web yang mana,
pastinya saya tidak akan memberikan link url nya kepada
anda.
Sebabnya?
Saya risau jika ada rakan-rakan yang akan 'termakan' pujukan
dengan ayat-ayat hype yang digunakan oleh pihak mereka
pada laman web mereka itu!
Salah satu elemen yang penting sekiranya anda menjumpai
laman web yang menjanjikan pendapatan duit 'riban-riban'
melalui internet ini adalah dengan memastikan, adakah
syarikatnya berdaftar dengan pihak SSM?
Kedua, adakah alamat serta lokasi syarikat diberikan pada
laman web mereka? Nombor mana-mana individu yang boleh
di hubungi jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan
yang timbul?
Dan yang paling penting, adakah foto imej pemilik perniagaan
tersebut di letakkan bersama dilaman web bisnes yang beliau
jalankan?
Jika kesemua elemen ini ada pada laman web perniagaannya,
maka anda tidak perlu berasa was-was untuk menyertainya.
TETAPI!
Anda perlu ingat, terdapat banyak perniagaan yang berdaftar
dengan SSM pun terdedah untuk melakukan penipuan di internet.
Maka, risiko untuk terlibat dengan perniagaan yang berkonsepkan
'Game-Money' ini masih ada.
dan peluang yang ada itu akan sentiasa digunakan oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab untuk memperdayakan anda.
Oleh itu pada hari ini saya ingin berkongsikan sebuah panduan
yang mungkin dapat membantu {firstname} untuk menentukan
model bisnes internet apakah yang sesuai dan sah untuk
{firstname} lakukan...
[Link Affiliate]
Saya yakin dengan panduan ini {firstname} tidak akan
lagi terjebak atau tertipu dengan bisnes yang menawarkan
keuntungan dari sumber 'Game-Money' ini.
Dapatkan panduan ini sekarang juga {firstname} sebelum
saudara Asyraf Aziz menarik semula harga 'tak masuk akal'
diatas.
[Link Affiliate]
Semoga perkongsian saya pada hari ini dapat membantu
{firstname} untuk terus maju di dalam bidang IM pada
masa akan datang. Insyaallah!
ikhlas,
[Nama Anda]
.............................. ...........................
... dan seterusnya.
Dengan melakukan automasi penghantaran email dengan
menggunakan autoresponder, anda akan dapat menjimatkan
masa anda dan meneruskan kepada projek-projek anda
yang lain.
Ini adalah secara ringkas pelan tindakan hari kelima
dan keenam anda.
Di dalam bahagian yang seterusnya, iaitu bahagian akhir,
saya akan berkongsi tentang pelan tindakan hari ketujuh
anda pula.
Kita berjumpa lagi di bahagian yang seterusnya.
0 comments:
thank you