Teknik EFEKTIF Melakukan Promosi..!

by Unknown  |  in Kursus Affiliate at  Sunday, February 06, 2011

Apa khabar ?


Kita bertemu kembali di dalam siri Kursus Email Online
Affiliate Mania. Ini adalah bahagian ke-3 di dalam
siri kursus ini.


Di dalam bahagian ini, saya akan berkongsi dengan anda
pelan tindakan hari ke-empat anda di dalam misi menjana
keuntungan dari program affiliate.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari KEEMPAT: Cara Mempromosi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Walaupun program affiliate yang baik akan memberikan
kepada anda bahan-bahan yang boleh digunakan untuk
mempromosikan produk mereka, ianya masih juga
baik untuk menggunakan cara promosi anda sendiri.


Berikut merupakan di antara beberapa kelebihannya:


- Cara promosi anda akan dapat menyampaikan
 mesej jualan produk tersebut lebih baik berdasarkan
 stail dan cara anda yang tersendiri.

- Cara promosi anda akan lebih menonjol berbanding
 ahli yang lain kerana ianya unik dan mempunyai
 caranya yang tersendiri.


Kedua-dua kelebihan tersebut akan dapat meningkatkan
jualan anda sebagai seorang affiliate.


Pada masa-masa tertentu, terdapat pasaran yang
sukar untuk ditembusi kerana terdapat banyak
persaingan.


Kadang kala adalah lebih baik untuk memiliki cara
promosi anda yang tersendiri daripada hanya bergantung
kepada bahan yang telah diberikan oleh pemilik program
affiliate tersebut.


Terdapat beberapa cara untuk melakukan promosi sesuatu
produk affiliate. Penggunaan salah satu atau kesemuanya
akan dapat membantu anda dalam menghasilkan kempen
promosi yang berkesan.


Di antara cara promosi adalah:


1. Promosi email - penghantaran promosi melalui email
                          kepada individu lain yang kita kenali

2. Promosi bergambar - promosi melalui paparan gambar
                                 seperti banner dan gif di laman web

3. Promosi text - promosi melalui paparan text atau perkataan
                        di dalam laman web atau blog



Terdapat beberapa prinsip yang perlu anda ikuti untuk
menghasilkan promosi yang menarik dan menggalakkan
orang lain untuk klik padanya.


Promosi anda perlu menarik perhatian pelanggan sama ada
dengan memiliki tajuk yang menarik atau paparan gambar
yang menarik.


Satu contoh tajuk yang menarik adalah "Pelajari Rahsia
Menjadi Jutawan Affiliate dan Menjana Wang Besar dari
Produk Orang lain!"


Perkara paling penting adalah anda perlu bermain dengan
emosi pasaran anda untuk menggalakkan mereka untuk
mendapatkan produk tersebut.


Setelah menarik perhatian pelanggan, seterusnya anda perlu
menimbulkan perasaan ingin tahu agar mereka ingin
mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk tersebut.


Penggunaan perkataan yang membangkitkan emosi dan perasaan
ingin tahu akan membuatkan email, gambar atau perkataan
yang anda paparkan lebih menonjol berbanding perkara lain.


Anda perlu bermain dengan perasaan manusia supaya mereka
mendengar promosi anda. Sekiranya anda mampu membangkitkan
perasaan ingin tahu mereka, maka anda sudahpun semakin
hampir kepada kejayaan menjual produk tersebut.


Ini adalah secara ringkas pelan tindakan hari keempat anda.


Di dalam bahagian yang seterusnya, saya akan berkongsi
tentang pelan tindakan hari kelima dan keenam anda.

0 comments:

thank you

Proudly Powered by Blogger.