Hari ini aku ingin kongsikan pengalaman aku untuk sesiapa yang ingin mendapat pekerjaan disektor awm mahupun swasta. silalah baca tips yang tidak seberapa ini...................................
Sebelum menghadiri temuduga calon-calon mestilah:
- Selidik profail syarikat/jabatan, jawatan atau bidang tugas yang dipohon.
- Ini merupakan soalan-soalan asa yang lazim disoal oleh panel temuduga. Kegagalan menjawabnya menunjukan seolah-olah calon tidak membuat persedian yang rapi.
- Pastikan sijil-sijil asal dan salinan pendua sijil serta resume disediakan. Pastikan sijil-sijil disusun mengikut keutamaan jawatan yang dipohon.
- Cuba dapatkan nama/gelaran panel temuduga.
- Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga.
- Mendengar dan menjawab soalan dengan betul
- Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi.
- bersikap tenang dan tidak gementar.
- Jangan menguasai sesi temuduga.
- Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak.
- Jangan cerita masalah peribadi seperti urusan rumahtangga,kesihatan diri atau masalah kewangan.
- Jangan bertengkar dengan panel temuduga. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh panel temuduga, berilah pandangan lain secara berhemah.
- Jangan mengkritik bekas majikan anda atau mana-mana pihak.
- Jangan menguyah gula getah atau makan gula-gula semasa temuduga.
- Jangan menunjukan 'Silient' protes jika lambat dipanggil panel temuduga.
Di akhir Temuduga>>>>>
- Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga.
- Apabila sesi temuduga tamat, berilah ucapan terima kasih kepada panel temuduga kerana meluangkan masa dengan anda.
- Sebaik sahaja selesai sesi temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun.
- Pastikan barang-barang milik anda tidak tertinggal.
Larangan Semasa temuduga!!!!!!!
- Jawapan secara bersahaja
- Bercakap terlalu Perlahan.
- Melalukan perbuatan-perbuatan yang mengganggu tumpuan panel temuduga.
- Menguyah gula-gula getah/makan gula-gula.
- Menggoyangkan kaki.
- Menjegilkan mata.
- Menggunakan 'slang' ketika menjawab soalan.
- Menyebut atau memanggil nama panel temuduga tanpa penggunaan gelaran yang sepatut nya.
- Memotong percakapan panel temuduga.
p/s: ini sahaja tips yang dapat aku berikan kepada sesiapa yang ingin mendapatkan perkerjaan disektor awam mahupun di sektor swasta. silakan tinggalkan komen anda ye......
0 comments:
thank you