GEMPAR! : Pengumuman terbaru & 10 tips tarik trafik ke laman web

by Unknown  |  in Tips Tingkatkan Trafik at  Friday, November 26, 2010

GEMPAR! : Pengumuman terbaru & 10 tips tarik trafik ke laman web

Hellooo rakan-rakan pembaca blog duitmasyuk85.blogspot.com,#S9GQHBUBHNB3

Nampaknya minggu lepas saya tak update blog ni…Maaf saya pohon kepada anda. Sebenarnya saya dari minggu lepas telah berfikir panjang. Ianya berkaitan mengenai newsletter mingguan berkaitan info-info perniagaan internet buat para subscribers saya di http://panduanplr.com. Jika anda merupakan salah-seorang daripada subscriber PanduanPLR.com, tentu anda perasan yang saya pada setiap minggu tentu ada menghantar email berbentuk perkongsian ilmiah (bukan promote semata-mata membuta-tuli produk-produk sendiri atau affiliate)…ooopss..harap takde mana-mana IM terasa..hoho..bukan apa, saya bercakap ni pun berdasarkan realiti masa kini.

Ok, setelah berfikir panjang dan membuat perhitungan yang rasional, dengan ini saya akan menukar cara saya iaitu buat para subscriber PanduanPLR.com. Saya akan stop untuk publish newsletter melalui email anda pada minggu ke-11 bermula dari tarikh anda mendaftarkan diri ke mailing list saya itu (yang telah anda opt-in melalui laman http://panduanplr.com). Kepada yang baru sahaja mendaftarkan diri ke mailing list PanduanPLR.com, teruskan berada dalam mailing list saya kerana pelbagai info-info asas berkaitan IM (Internet Marketing) menanti anda.

Apa yang akan saya buat ialah, saya masih akan meneruskan perkongsian info-info bermanfaat berkaitan perniagaan internet. Usah gundah-gulana, jangan risau, saya tidak akan menghentikan perkongsian ilmiah dalam bidang IM ni.

Begini caranya….Saya akan buat perkongsian tersebut dalam bentuk post di blog ini (bermakna memang sudah tentulah menjadi kemestian, kewajipan dan tanggugjawab saya untuk saya post kan at least seminggu sekali post di blog ini). Then saya akan war-warkan melalui broadcast email kepada anda (yang menjadi subscriber saya) mengenai post terbaru di blog saya sejurus saya publish kan post tersebut.

Macam mana pula kalau anda tak dapat apa-apa email dari saya? Usah risau, anda boleh terus saje ke blog ini at least seminggu sekali. Anda boleh letakkan expectation terhadap saya di mana at least pada setiap minggu mesti ada post baru. Tak kira lah post berkaitan IM ke atau berkaitan dengan perkembangan dan kehidupan seharian saya (dalam perancangan utk saya kongsikan bersama anda)..ini janji saya kepada anda..InsyaAllah saya akan tunaikannya dengan bersungguh-sungguh.

Mungkin ada yang bertanya mengapa Bro Hazwan nak wat cam ni lak?

Berikut pula sebab mengapa saya nak tumpukan kepada update blog :

1. Saya dapati dgn sy membuat post di blog, respon (dari segi komen) para pembaca lebih tinggi berbanding email. Ia lebih interaktif. Bukankah di awal-awal lagi pengenalan saya kepada anda yang subscribe mailing list saya telah saya nyatakan, matlamat saya yang utama ialah untuk menjalin hubungan jangka masa panjang bersama anda dengan lebih akrab. Saya nak jadikan anda sahabat digital saya sampai bila-bila :-)

Tapi kalau anda ada apa sahaja persoalan yang lebih kompleks dan memerlukan perhatian saya yang lebih mendalam, boleh saja anda tanyakan kepada saya melalui borang Hubungi Saya atau email khairul.hazwan.yusof@gmail.com. Saya sedia menjawabnya.

2. Blog lagi menarik, boleh letak imej gambar-gambar..tak la boring kan anda sambil2 baca artikel saya..hoho

3. Blog lebih mesra enjin carian. Saya sendiri telah mendapat banyak trafik organik percuma melalui search engine

4. Dengan menulis artikel di blog, lebih ramai lagi orang lain untuk membaca artikel-artikel bermanfaat dan seterusnya lebih ramai lagi rakan-rakan baru yang boleh kita dapat. Sama-sama boleh share lebih banyak lagi pendapat dan berkongsi minat (IM) yang sama.

Ok, itulah pengumuman terbaru dari saya.

Sekarang kita pergi pula kepada perkongsian info perniagaan internet pada minggu ini. Saya akan berkongsi bersama anda berkenaan 10 tips tarik trafik ke laman web perniagaan anda. Jom kita layan dulu artikel tersebut………

Saya pasti tentu anda pernah dengar orang kata betapa pentingnya trafik ni. Trafik ni ibarat nyawa bagi laman web anda. Kalau tak de trafik, tak ada la orang yang nak melihat laman web seterusnya untuk melihat apakah tawaran-tawaran atau produk yang dijual oleh anda.

Di sini saya kongsikan 10 tips dalam menjana trafik ke laman web kita :

TIPS 1 : Dapatkan nama domain yang ringkas dan mudah diingati. Ini dapat memudahkan para pelawat anda untuk memberitahu rakan-rakan mereka yang lain jika mereka ingin me-rekemen-kan laman web anda kepada orang lain. Selain itu, mudah juga bagi mereka yang ingin datang lagi ke laman web kerana nama domain anda mudah diingati dan ringkas.

TIPS 2 : Optimize isi kandungan laman web atau blog anda. Ini dapat dilakukan dengan memasukkan keyword-keyword yang sering digunakan oleh pelayar web berkaitan produk anda. Ini dapatkan menaikkan ranking laman web anda dalam enjin carian.

TIPS 3 : Libatkan secara aktif di ruangan-ruangan forum. Jangan lupa untuk meletakkan link ke laman web anda di ruangan signature. Apabila orang lain ternampak signature anda, mereka akan klik dan seterusnya di bawa ke laman web anda.

TIPS 4 : Letakkan link ke laman web anda pada resource box artikel yang anda tulis seterusnya post kan artikel anda itu ke laman direktori artikel. Letakkan pada resource box anda di akhir artikel tersebut.

TIPS 5 : Letakkan link pada signature email anda. Tiap kali anda hantar email kepada sesiapa pun, secara tidak langsung, link ke laman web anda akan didedahkan kepada mereka semua.

TIPS 6 : Cipta satu video ringkas dan post kan di Youtube.com. Masukkan link ke laman web pada video tersebut. Anda boleh saja buat video ringkas berbentuk slideshow berkaitan produk anda. Video selaman 5 minit pun dah cukup lama.

TIPS 7 : Sebarkan ebook percuma hasil tulisan anda sendiri. Masukkan link ke laman web anda dalam ebook tersebut. Sertakan Giveaway Rights supaya pembaca lain boleh menyebarkan ebook tersebut.

TIPS 8 : Gunakan laman web social networking seperti Facebook, MySpace dan Friendster untuk anda post kan apa-apa info yang berguna berkaitan laman web anda.

TIPS 9 : Iklan kan laman web anda di blog-blog orang lain. Tidak mengapa untuk melaburkan sedikit wang bagi mendapatkan trafik dengan membeli ruangan pengiklanan di blog-blog tersebut.

TIPS 10 : Kalau anda ada wang atau budget yang lebih tinggi lagi, anda boleh iklankan link ke laman web anda di laman web akhbar-akhbar tempatan seperti Kosmo, Berita Harian ataupun Harian Metro.

Semoga dengan tips-tips ini, dapat membantu saudara-saudari menjana trafik lebih banyak ke laman web ataupun blog anda.

*Anda dibenarkan untuk copy & paste artikel saya ini di mana-mana pun samada di blog anda, forum, atau di mana sahaja. Syaratnya anda haruslah copy paste kan sekali kotak & butiran di bawah ini dalam artikel berkenaan:#S9GQHBUBHNB3

0 comments:

thank you

Proudly Powered by Blogger.