http://club-asteria-asterios.blogspot.com/Saya nak kongsikan tips hasil bacaan baru-baru ni tentang bagaimana menghasilkan traffik ke blog. Buku ini meceritakan tentang bagaimana membina traffik berkualiti ke blog kita. Sebenarnya tips ini bukanlah tips menghasilkan traffik sepenuhnya namun ia bercampur juga dengan bagaimana untuk menjadi seorang blogger yang pro dan digemari pelawat.
Tip #1 : Original Content
Content is King! Apa yang dimaksudkan “original”? Maksudnya apa-apa yang ditulis dalam blog anda tidak sama dengan blog orang lain. Kalau sama ia bukanlah original. Perkara ini perlu diambil serius jika mahu menjadi salah seorang yang bernama “Blogger”. Anda perlu mempunyai kadungan blog yang original. Ini adalah darah sebenar seorang Blogger. Kesilapan kebanyakan blog ialah tidak mempunyai kandungan blog yang original. Jadi blog kita perlu berbeza dengan mereka. Jika anda tidak mempunyai masa untuk melakukannya, upah orang lain untuk menulis original artikel untuk blog anda.
Tip #2 : Beri kandungan yang menyebabkan pembaca anda bertindak
Blog seharusnya mempunyai kandungan berguna kepada pembacanya. Untuk menjadikan blog anda mendapat sambutan, setiap post yang anda buat diblog akan menyebabkan pembaca perlu bertindak. Sebagai contoh, saya memberi idea tentang tips menjana trafik untuk Blog. Maka apa yang perlu pembaca buat ialah melakukan tips yang diberi terhadap blog mereka, bukannya sekadar membacanya sahaja.
Saya tak ingat dimana saya ada membacanya, yang mengatakan bahawa cara terbaik untuk mendapatkan sales dari program affiliate ialah dengan memberi Plan tindakan atau “Plan of Action”. Dengan memberi pembaca plan untuk diikuti selepas membaca akan memudahkan mereka untuk membeli sambil kita mempromosi program affiliate yang kita sertai.
Tip #3 : Artikel yang tak lapuk dek Zaman
Jika anda mahu pembaca anda terus setia bersama blog anda untuk tempoh masa yang lama, 5 tahun contohnya. Anda perlu menulis artikel-artikel yang sesuai pada waktu sekarang dan juga pada waktu 5 tahun akan datang. Maksudnya disini ialah kesesuaian artikel tersebut ketika ianya dibaca hari ini, esok, 3 bulan, dan 5 tahun akan datang.
Ini tidak bermakna anda tidak perlu untuk update artikel tersebut jika berlaku perubahan. Perubahan terhadap fakta boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Tetapi ada jalan mudah. Anda berikan kebenaran untuk artikel tersebut digunakan oleh orang lain sambil memberikan backlinks kepada blog anda. Mereka inilah yang akan bantu untuk update artikel anda jika terdapat apa-apa update atau perubahan terbaru terhadap artikel lama anda.
Tip #4 : Menulis kerana Pembaca adalah NO 1 dan bukannya Search Engine!
Ingat, jangan kerana inginkan kedudukan tinggi di search engine, anda terlalu mengulangi keyword yang sama dalam setiap post sehingga ayat yang dibina sangat-sangat tidak logik. Memang ia amat penting dan mungkin berguna bagi menaikkan traffik, dan mungkin anda mendapat trafik yang sangat bagus dari search engine. Namun mereka(pembaca) tidak akan berada lama diblog kerana anda secara terang-terangan hanya ingin post tersebut mendapat kedudukan di search engine.
Tip #5 : Menulis seolah-olah anda sedang bercakap dengan kawan anda
Pembaca blog lebih suka dengan bahasa-bahasa santai yang digunakan di blog. Pembaca suka dengan penulisan yang natural. Berbanding dengan bahasa high level dan susah difahami. Mereka suka dengan gaya anda menulis seolah-olah anda sedang bercakap dengan mereka sebagai seorang kawan lama. Amalkan gaya penulisan blog seolah-olah hanya seorang sahaja yang sedang membaca penulisan anda pada waktu itu. Wujudkan satu personaliti yang dikenali supaya pembaca blog akan menghebahkan tentang blog anda kepada rakan-rakan mereka. Secara tak langsung, trafik datang berpusu-pusu


Ok cukup dulu dengan 5 tips ini. Saya akan sambung lagi dalam Bagaimana Menjana Trafik ke Blog Bahagian ke-2 pula. Diharapkan kamu mengaplikasikan tip-tip ini supaya membina darah blogger dalam diri kamu. Percayalah, dengan semulajadi trafik akan datang ke blog kamu nanti.
0 comments:
thank you