Pernah tak terasa nak tukar username ? Atau ada 2 blog yang mempunyai username lelain tetapi ingin memindahkan dalam satu akaun? Kalau kita pergi pada Dashboard , dia akan cakap 'does not change' kan?

Saya pernah memindahkan blog² saya yang pada asalnya di dalam beberapa akaun berbeza ke dalam satu akaun.
Katakan kita nak pindahkan blog A ( username A) ke blog B ( username B)
Sign in blog A, pergi Settings > Permissions > klik "Add Authors". Masukkan email akaun blog B > klik "Invite."
Sekarang buka email blog B, ada email jemputan seperti di bawah ini, klik url link invitation dan isikan password anda tanda pengesahan sebagai Authors blog A. Klik "Accept Invitation".

Sekarang Blog B juga adalah Author blog A. Blog B boleh menguasai sepenuhnya Blog A dengan menjadikan username blog A sebagai Guest sahaja. Kiranya rampasan kuasa macam drama samarinda la ni..
Pergi Setting > Permissions > grand admin privileges .
Bia dah jadi boss besar, klik username blog A sebagai Guest.
Atau boleh remove terus username blog A . Secara tak langsung sekarang ini blog A berada bersama di dalam username blog B.
Kalau ada 3-4 blog lagi dan bolehlah diulang langkah ini sehingga blog kita berkumpul di bawah satu username sahaja.
Kalau ada 1 blog tetapi nak juga tukar username - create satu akaun blogger dengan username lain. Buat proses ini untuk 'rampasan kuasa'
Faham ? Tak faham , kaunter pertanyaan saya sentiada dibuka walaupun hari cuti umum.
0 comments:
thank you